figure 13#

Posted by muzieq | Posted in | Posted on 1:09 PM

0


Kirinto Marcello..

KIRIN yang teragak-agak menekan SHUTTER secara tidak sengaja lalu beliau menjadi keras seketika.. Beliau adalah kawanku yang paling sporting dan rajin dalam semua bidang yang diceburi.. Beliau adalah bekas Guitarist aku sewaktu aku bersama kumpulan beliau.. Ketika aku dalam kumpulan, beliau juga banyak menolong dengan pengalaman beliau dalam pelbagai instrument muzik.. beliau juga tidak kedekut ilmu, dan mampu memberikan yang terbaik apabila dalam sesi latihan mahupun persembahan.. namun akhirnya aku telah mengundurkan diri untuk keluar dari kumpulan beliau atas sebab-sebab tertentu, aku akan tetap berada di belakang dan menyokong beliau.. KIRIN ROX..!!

figure 12#

Posted by muzieq | Posted in | Posted on 9:28 AM

0


Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..

Gambar ini aku tangkap sewaktu habis jamming.. lokasi di Studio Hot Sound di WANGSA MAJU.. aku tidak ada idea ketika ini.. lalu aku main tangkap potretnya secara random.. menarik juga hasilnya.. aku sangat meminati Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sejak kecil lagi.. Allahyarham adalah idola aku.. perwatakan beliau yang simple dan serba boleh membuatkan aku ingin menjadi seperti beliau.. aku doakan beliau aman disana.. semoga rohnya ditempatkan di tempat orang-orang beriman.. Amin..

figure 11#

Posted by muzieq | Posted in | Posted on 8:56 AM

0


yek..

Kucing atau kawan yang paling rapat dengan ku "YEK" adalah seekor reptilia yang mencintai kepada alam semula jadi, bahkan die sangat meminati dan menggemari aktiviti luar untuk mencari CINTA sejati.. perwatakan romeo, kasanova dan kacaknya membuatkan ramai kucing-kucing diluar sana tergila-gila kan beliau.. Oleh itu beliau sukar untuk mencari pasangan hidup, beliau juga mempunyai sikap ego, metirialistik, metroseksual, dan sangat memilih.. pada ketika ini beliau sedang asyik tido.. aku(penulis bukan nama sebenar) tanpa membuang masa mengacukan FE2 kearah beliau lalu beliau agak kelihatan xsedarkan diri.. sangat penat kot..!